Thursday, July 24, 2008


Bintang Klasik Nasional telah menarik minat aku sejak bermulanya pertandingan ini dari peringkat negeri, zon, nasional dan nusantara. Seperti yang semua ketahui, zon timur telah melahirkan seorang juara yang menggondol Bintang Klasik Nusantara mengalahkan pesaing2 dari Singapura, Indonesia dan Brunei seterusnya memulihkan imej Malaysia yang ketika itu tewas sebelumnya ketika bersaing dalam sebuah lagi pertandingan nyanyian peringkat ASEAN kepada peserta Filipina. Apa yang menarik ialah lagu2 yang dipertandingkan begitu menggamit memori dan tak hairan lah peminat2 rancangan ni adalah dari golongan pertengahan dan golongan yang berumur. Lagu2 dendangan Datuk Ahmad Jais, Datuk Sharifah Aini, biduanita Saloma, R.Ismail dan rakan2 seangkatan kembali berkumandang di telinga dan ada yang tersenyum mengingatkan nostalgia barangkali, x kurang yang menyanyi balik dan bagi golongan muda mereka just mendengar sahaja mungkin x biasa mendengar lagu2 lama. Apa yang menarik minat aku ialah ada golongan remaja yang mendendangkan lagu2 ini dengan baik tanpa menukar lenggokan dan melodi yang asal. Lagu2 Madah Pujangga, Teratai, Bunga Tanjung, Burung Pungguk, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Di Ambang Sore dan macam2 lagi. Mendayu2 dialunkan dan ada penonton yang puas sehingga x tau nk lihat siapa yang berhak menang. Sebab itu lah aku amat menyokong pertandingan ini diadili juri2 profesional seperti Datuk Mokhzani, Datuk Ahmad Nawab, Kassim Masdor dan orang2 lama. Kalau pertandingan ni diadili oleh sms, alamatnya jd le seperti rancangan realiti lain, hangat semusim.

Apa yang boleh disimpulkan, semoga Klasik Nasional mengekalkan pertandingan ini kerana kita tidak mahu lagu2 lama ini tenggelam dimakan zaman. Biar la ianya berkekalan dan kekalkan format pertandingan ini dengan sistem juri. Lagu2 lama ini tidak berhak diadili dengan sms kerana bagi aku lagu2 ini merupakan khazanah lama dan ianya tidak ternilai dengan bayaran RM0.50 sen atau RM1.00 dari penonton. Semoga Berjaya Klasik Nasional dan RTM..

No comments: