Thursday, July 17, 2008

Kenapa Apakah..

Memang terasa gila keuntungan perniagaan sekarang ni mulai susut dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Bukan aku je yang kena, semua peniaga2 yg baru nk berjinak2 ngan baru nak naik terasa ngan hal kenaikan ni. Mcm mana le aku nk cover hutang ngan bank lagi kena langsam, pas2 kenaikan 20% bil elektrik, servis caj carriage, apa lagi.. banyak le sampai untung dulu leh le dapat 5-6 ribu sekarang ni susut ke 3-4 ribu. Itu belum kira pekerja2 yg nk gaji naik sbb x tertampung harga minyak melambung, itu belum kira kalau road tax mati, kereta atau motor rosak semua kita kena ambil port, kebajikan pekerja nk kena jaga gak beb. Entah la, rasa pening bila barang2 dh naik ni. Aku pun kena le wat inisiatif lain nk cover balik so, kena le naikkan harga2 apa yang patut mcm air tin naik le 20 sen, print lak naik 10 sen, harga surfing still harga asal sbb perniagaan oligopoli kan, x leh nk naikkan suka hati. Kalau naik, risau regular cus lari tmpt lain lak, sapa nk jawab tu.

Kesimpulannya.. kalau nk survive berniaga sekarang ni, kena le naikkan gak harga, kalau berniaga ngan harga asal, lambat le nk kaya..

No comments: