Thursday, July 24, 2008


Bintang Klasik Nasional telah menarik minat aku sejak bermulanya pertandingan ini dari peringkat negeri, zon, nasional dan nusantara. Seperti yang semua ketahui, zon timur telah melahirkan seorang juara yang menggondol Bintang Klasik Nusantara mengalahkan pesaing2 dari Singapura, Indonesia dan Brunei seterusnya memulihkan imej Malaysia yang ketika itu tewas sebelumnya ketika bersaing dalam sebuah lagi pertandingan nyanyian peringkat ASEAN kepada peserta Filipina. Apa yang menarik ialah lagu2 yang dipertandingkan begitu menggamit memori dan tak hairan lah peminat2 rancangan ni adalah dari golongan pertengahan dan golongan yang berumur. Lagu2 dendangan Datuk Ahmad Jais, Datuk Sharifah Aini, biduanita Saloma, R.Ismail dan rakan2 seangkatan kembali berkumandang di telinga dan ada yang tersenyum mengingatkan nostalgia barangkali, x kurang yang menyanyi balik dan bagi golongan muda mereka just mendengar sahaja mungkin x biasa mendengar lagu2 lama. Apa yang menarik minat aku ialah ada golongan remaja yang mendendangkan lagu2 ini dengan baik tanpa menukar lenggokan dan melodi yang asal. Lagu2 Madah Pujangga, Teratai, Bunga Tanjung, Burung Pungguk, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Di Ambang Sore dan macam2 lagi. Mendayu2 dialunkan dan ada penonton yang puas sehingga x tau nk lihat siapa yang berhak menang. Sebab itu lah aku amat menyokong pertandingan ini diadili juri2 profesional seperti Datuk Mokhzani, Datuk Ahmad Nawab, Kassim Masdor dan orang2 lama. Kalau pertandingan ni diadili oleh sms, alamatnya jd le seperti rancangan realiti lain, hangat semusim.

Apa yang boleh disimpulkan, semoga Klasik Nasional mengekalkan pertandingan ini kerana kita tidak mahu lagu2 lama ini tenggelam dimakan zaman. Biar la ianya berkekalan dan kekalkan format pertandingan ini dengan sistem juri. Lagu2 lama ini tidak berhak diadili dengan sms kerana bagi aku lagu2 ini merupakan khazanah lama dan ianya tidak ternilai dengan bayaran RM0.50 sen atau RM1.00 dari penonton. Semoga Berjaya Klasik Nasional dan RTM..

Tuesday, July 22, 2008

Bintang Klasik Nasional 2008 Kembali Lagi..


FINALIS

BINTANG KLASIK NASIONAL 2008
Auditorium Perdana RTM Kuala Lumpur
10 OGOS 2008
9.00 malam

Lelaki

Zon Utara

Mohammad Azuan Shahdi Mohd. Jalaludin
(29 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Asmara Dewi ~ S.Effendi

Zon Tengah

Muhammad Alif Kadim ( 17 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Mungkin Bersama ~ Dato' Ahmad Jais

Zon Selatan

Mohd. Faizal Rahim ( 23 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Hilang Tiada Berganti ~ M.Bakri

Zon Timur

Mohd Safar Shah Alauddin ( 23 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Di Ambang Senja ~ R.Ismail

Zon Sabah

Amirshah Yahya ( 25 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Berdendang Sayang ~ Ismail Ali Muda

Zon Sarawak

Saiful Bahri Jamil
Lagu/Nyanyian asal:


Wanita

Zon Utara

Nurlida Abd. Rahman ( 26 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Tanpa Kasih Tanpa Sayang ~ Salamiah Hassan

Zon Tengah

Sabihah Abdul. Wahid
Lagu/Nyanyian asal: Senyuman Tak Berbalas ~ Puan Sri Saloma

Zon Selatan

Iffah Izzati Binti Baharudin ( 17 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Curahan Hati ~ Lilis Suryani

Zon Timur

Nik Nurul Hidayah Nik Mat ( 21 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Oh Dimana ~ Datuk Sharifah Aini

Zon Sabah

Rafidah Asgali ( 20 tahun )
Lagu/Nyanyian asal: Tangisan Hati Yang Derita ~ Khatijah Ibrahim

Zon Sarawak

Masitah Mohd Airani
Lagu/Nyanyian asal: Bintang Hati - Saloma


Nantikan mereka pada tarikh berikut, semoga lagu2 klasik ini terpelihara dan tidak akan dilupakan terutama dari generasi muda. Tahniah RTM, Klasik Nasional dan blogger2 yang sentiasa memperjuangkan irama klasik ini.

( Sumber daripada http://klasiknasional.dapat.fm/)
( Sumber daripada www.budiey.com/pertandingan-akhir-bintang-klasik-nasional-2008/)










Monday, July 21, 2008

Cinta Pada Wanita Berkarier..

Tajuk ni aku ambik masa tgk citer Apa Apa Aje, Shamsul Ghau2 ngan Sharifah Shahora yang hoskan rancangan terbitan TV3 masa tu. Aku tertarik ngan tajuk ni terus follow sampai habis. macam2 pendapat yang aku leh dengar n kadang2 wat aku ketawa sbb ada pendapat yang x masuk akal ( x matang le ). Lain soal lain jawab, pening tu. Sekarang ni, pada aku bersepah wanita berkerjaya dari yg nk jd suri rumah sepenuh masa. Ye le, lagipun perempuan semakin ramai dari laki2 zaman ni so, x hairan la aku kalau perempuan ni berjaya dalam hidup. Tapi aku akan terkejut kalau perempuan jadi Perdana Menteri sbb ini boleh mencerminkan laki2 dh x de power dh, x boleh memerintah dan sedia diperintah. Biar la berlaku dalam rumah aje, ahahahaha. Isu ni memang bagus sbb bila perempuan dh berkerjaya so, mereka akan memilih bakal suami yang biar la berjawatan lebih kurang sama atau tinggi dari mereka. Inilah pemikiran yang negatif bagi aku sbb nisbah laki2 yang berjawatan tinggi dh x ramai. Maka akan bertambahlah golongan andartu kat Malaysia ni sbb nk cari laki2 yang berprofilik kononnya. Bukannya x nk cari laki2 yang berpendapatan sederhana, jika bertemu mereka inilah yang dikatakan lelaki itu "mengambil kesempatan" terhadapa kemewahan perempuan itu td. Biasa la persepsi manusia. Pada aku, itu adalah advantage yg ada pada perempuan itu tetapi jangan sesekali laki2 itu mengambil kesempatan atas si perempuan ni td. Tak elok kan sbb laki2 ni bakal menjadi ketua keluarga so, tanggungjawab memberi nafkah itu adalah wajib. jangan disebabkan kekurangan itu si isteri mengambil fasakh di pejabat2 agama. Walaupun Allah menghalalkan penceraian tetapi bagi aku untuk apa nk berlaku perkara sedemikian jikalau ianya boleh dielakkan. Buat ahabis duit je kahwin mahal2. Tetapi kalau x boleh nk elakkan, nk buat mcm mana kan. Ok balik semula.. isu ni sememangnya sensitif di kalangan laki2 yang berpendapatan sederhana sedangkan kita tau yang perempuan kini lebih ramai berjaya dalam karier. Memang satu kelebihan kalau si isteri bekerja tapi jangan la buat ianya sebagai hamba, berpada2 la ye. Kalau boleh, rancang la perbelanjaan sekeluarga, yang mana isteri boleh bantu minta la tolong pada dia, insya Allah isteri mana yang nk tgk rumah tangga jatuh. Di sini, si isteri perlu le bertolak ansur, ketepikan kehendak yg bukan2 sejajar ngan pendapatan bulanan suami, banyak lagi yang suami nk fikir untuk membaiki taraf hidup. So, kena faham ngan kedudukan suami. Suami pun sama, perlu fikir untuk membahagiakan isteri dan anak2 nnt. Tak kisah la kena buat kerja lebih masa atau pun membuat dua kerja dalam satu hari. Bila dh kahwin tu, kena ingat tanggungjawab semakin besar kena pulak dh ada anak, perlu fikir akan masa depan anak2 nnt.

Kesimpulan yang boleh dibuat, pada aku cinta pada perempuan berkarier ni memerlukan satu definisi yang betul. Cintakan kasih sayang perempuan itu dan bukannya wang ringgit atau kuasanya. Jika ini berlaku insya Allah rumah tangga akan terpelihara dan akan dilindungi Allah sentiasa..

Saturday, July 19, 2008

Materialistik, Keperluan Atau Kehendak..

Semalam cuti so aku ambik le kesempatan jalan2 kat Berjaya Megamall, mcm2 ragam le manusia leh tgk, ada yang release tension ngan main bowling, karaoke, snooker lagi le ramai. biasa le tu, aku pun kalau release tension melepak ngan budak2 aku ronda2 town. Tapi yang aku kelakar le tgk ada satu pasangan ni, gila shopping ke apa x tau le tp gayanya bukan mcm orang dh kawin. Apa yang kelakarnya, awek dia yg tukang ambik barang, aku pun round2 than terserempak balik masa kat kaunter barang. Ada le satu bakul diaorang bawak. Laki le tukang bawak, biasa le. Than, tukang bayar laki lak, adeh. Bila tgk barang yang diaorang beli konpem bukan laki bini tp kapel sbb yang diaorang beli semuanya alat2 makeup perempuan, ngan perfume, ngan deodorant mcm2 lagi le. Ada le dekat 300 duit laki tu terbang, dalam keadaan dahi berkerut, perempuan tu lak muka happy semacam, biasa le tu, dapat pakai branded. Aku terus le jalan2 ke East Coast mall, mak aih, penuh tmpt makan ngan kapel, biasa le hari dating. Bila aku lihat zaman sekarang ni, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang mengalami perubahan mendadak, sikap sesetengah dari kita yang masih lagi tidak faham erti kenaikan harga hanya tahu meminta itu ini terutama dari kaum Hawa. Aku pun dh start mencatu perbelanjaan aku yang mana boleh dikurangkan aku kurangkan, yang mana boleh dikorbankan, aku kena korbankan untuk menampung perbelanjaan harian aku. Aku bersyukur kerana aku ni tak punyai sifat boros dan tidak memilih. Walaupun kadang2 teringin juga nk pakai hp model baru tp buat masa ni aku kena abaikan. baju ngan seluar pulak rasanya elok cari kat bundel aje, murah dan pelbagai pilihan. Rasanya yang berjenama tu aku beli la sehelai 2 tp pakai masa cuti je wat melaram, ahaks. Tapi apa yang aku boleh lihat, orang kita sekarang ni mana yang bekerja dan dapat duit sendiri sudah mula sedar banyak kehendak yang kena dihadkan, keperluan dulu diutamakan sbb mereka tau susah senag mencari duit. Mana yang belajar, mereka tidak lagi kenal erti mencari duit dan hanya meminta. Kalau dulu mintak 200 dapat le 200 tapi sekarang ni mintak 200 dapat 100, separuh perbelanjaan kena potong sbb nk tampung utk perbelanjaan lain. Aku x hairan la kalau ada student yang buat kerja part time nk cari duit belanja tapi terkejut jugak la kalau ada yang wat part time sampai x kenal dh maruah diri. Rosak akhlak disebabkan duit. Siapa yang untung, x de siapa sebenarnya, yang laki2 duit habis disebabkan nikmat sehari tu, yang perempuan bila dh dpt habuan tu, terus leh wat kerjaya sampai lupa yang diri tu dh dirosakkan. Dah tua baru le insaf sbb diri tu dh x bergetah lagi so x de dh customer so, letak le harga murah untuk bersaing. Apa le nak jadi ni. Balik semula, jika dilihat, ramai perempuan yg ada rupa la sudah boleh memilih pasangan yang bakal diaorang bawak keluar sbb kocek mereka lebat, itu yang ramai anak dara sanggup jd 2nd atau 3rd wife sbb tuntutan hidup kononnya. Ada juga yang sanggup kahwin ngan duda yang bg mereka lebih romantik atau memahami tetapi bagi aku sama gak ngan jd 2nd wife sbb tuntutan hidup. bagi yang bujang2 ni dapat la janda2 muda ( itu pun kalau pandai ayat ) x pun janda anak 3 ke, atau perempuan2 reject ( faham2 le ).

Kesimpulannya, berpada2 la bila berbelanja pada saat ekonomi negara yang x menentu sekarang ni, buat le perbelanjaan dan kalau boleh labelkan yang mana satu keperluan dan kehendak. Materialistik memang ada salam jiwa kita jadi kalau ada sifat demikian, hadkan la, ramai yang jadikan sebagai penarik wanita yang sememangnya kita boleh nampak mana satu yang nk jdkan kita kawan ataupun sumber kewangan..

Friday, July 18, 2008

Apalah Nak Jadi Ni..

Petang tadi lepas sembahyang Jumaat, aku lepak kat kedai ngan member2 biasa le kalau lepak macam2 cerita yang keluar. Cerita punya cerita ada satu cerita yang menarik perhatian aku sampai aku nak bercerita kat sini. Mula2 bercerita pasal budak2 yang x kawin kat area kawasan umah aku ni, siap buat carta top 10, ahahahaha.. dari top 1 sampai top 5 semuanya tua dari aku yg x kawin lagi. Ini yang aku x tau apa sebabnya diaorang x kawin2 lagi.Setiap kali tanya, jawapan dia "ada la jodoh nnt" tapi kalau dh umur nk dekat 40 mana nak datang jodohnya. bincang punya bincang, aku rasa sebab utama diaorang ni x kawin sbb ekonomi masing2 yg masih x mampu nak tanggung anak orang nk2 di zaman yang serba mahal sekarang ni. Sememangnya aku sokong kenyataan ni.
Sebab utama diaorang ni x leh nk kahwin bukannya diaorang ni x bekerja, semuanya bekerja tapi disebabkan gaji yang diaorang terima diri sendiri pun x mampu nk tanggung. Bukannya diaorang x nk cari kerja yang lebih baik TAPI setiap kali x kira le interview kerajaan atau swasta yang diaorang nkkan pekerja wanita. Kalau kita baca iklaneka kat surat khabar, memang byk jawatan kosong. Diaorang ni bukannya x pandai, semuanya lepasan ijazah tapi setiap kali nk apply job, 3 syarat pertama diaorang lepas tapi syarat terakhir selalu menjadi masalah diaorang nk mintak keje iaitu WANITA SAHAJA. Macam mana le orang laki2 nk cari makan kalau syarat last tu sentiasa ada dlm iklaneka. Sebab tu aku x hairan kalau orang laki2 ni ada perempuan yang kata "memilih kerja". Orang laki2 ni dia x kisah bekerja tp kalau ada jawatan yang set "UNTUK LAKI LAKI SAHAJA" aku konpom berderu orang laki2 bijak pandai apply. Aku pun x faham kenapa le suka sangat ambik wanita bekerja padahal kalau perempuan tu berkahwin pastu mengandung, konpem cuti panjang. Orang laki2 ni mana ada cuti panjang kecuali annual leave, kena kasi habiskan itu pun banyak yang burn mcm tu je, ahaks. nak dijadikan penyeri, aku x sokong langsung kenyataan ni..
Bukan dari segi kerja je, kalau perasan la, semua IPTA ngan IPTS orang perempuan lagi ramai yg apply nk sambung belajar. Bukan orang laki2 x nk sambung belajar tapi kebanyakannya terkandas bukan dari segi pelajaran tapi dr segi kecemerlangan akademik. Misalnya kuota untuk sambung wat degree utk pemegang diploma adalah CGPA 3.8 ke atas, berapa kerat je orang laki2 yg boleh score mcm tu. Itu le sebab kuota utk student score 3.8 kebanyakannya perempuan dan aku x hairan lambakan pelajar perempuan kat IPTA sekarang ni. Apa yang aku fikir, lepas semuanya grad, berapa ramai laki2 yang akan menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta. Laki2 hanya bekerja sebagai balaci perempuan sbb x ramai laki2 yg boleh menyandang jawatan tinggi dalam keadaan negara kita sekarang. Yang banyak ambik course masakan, laki2, course kecantikan pun laki2 course katering ke hotel ke pun laki2. Kalau pergi hotel, aku leh konpem ramai chef2 orang laki2. Suruh la diaorang present apa2 masakan ngan potion sekali, comel je tgk dan x hairan la kalau Exec Chef, Demi Chef, Chef de Party, Konsultan Masakan Malaysia semuanya laki2. Orang perempuan dh malas nk masak dh kot zaman ni. Yang layan semuanya waiter laki2, kalau waitress tu konpem hostess. Nk tau sebab apa orang perempuan x leh keje hotel, bila function mulut banyak wat keje dari tangan. Orang laki2 ni dia cool dan boleh arrange x kira le big atau small function, kadang2 3 function sehari leh handle ngan jayanya. Tapi kalau perempuan handle, pot pet je le ( pengalaman aku ni ). Macam x biasa ngan function, panik 24 jam n short thinker. Itu le sbb laki2 yang leh arrange function2 ni dr kitchen department n F&B department. Kalau pergi restoran makanan segera ke, 7 Eleven ke, kedai2 maple ramai pekerja laki2 dr pompuan, tukang masak laki2, tukang wat air sampai le tukang ambik duit semua laki2. Perempuan hanya tau makan n komplen ( konpem beb ). Bukan nk kondem kaum Hawa ni tapi fikir2kan la kenapa orangh laki2 ni x leh nk dpt jawatan tinggi dalam kerja. Nanti aku sambung tajuk ni..

Kesimpulannya, bukan orang laki2 x leh nk kahwin awal, banyak yang diaorang ni fikir, memang betul rezeki lepas kahwin ni banyak tp kalau x de perubahan dalam hidup, orang perempuan la yang paling ramai mintak fasakh sbb caj orang laki2 x mampu menunaikan kehendak dia zahir dan batin. Alasan perempuan zaman sekarang, materialistik n plastik..

Thursday, July 17, 2008

Tak Faham Aku..

Aduh.. pening kepala ni memikirkan satu perkara. KAHWIN!!! Skang ni ye le zaman udah pun berubah. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan ditanyakan soalan cepu emas ni, x kira le sapa, family ke, sedara ke, member rapat n member2 internet sampai aku dh kenyang ngan soalan ni. Memang syok kahwin ni sbb dh ada orang jaga rutin harian kita n ada pendengar yang setia x kira le apa masalah. Tapi, aku lebih suka tgk pasangan orang2 dulu kahwin, walaupun ada yang kahwin atas pilihan keluarga. Mula2 x suka tapi kekal sampai akhir hayat. Skarang ni ramai kahwin atas dasar suka sama suka, n ada yang berpanjangan ada yang terkandas. Yang berpanjangan tu x yah le aku citer. Yang terkandas tu. Aku x tau le nk describe masalah ni sbb bila dh berkawan bertahun2 sampai ke jinjang pelamin, bila melayari alam rumahtangga ni, jadi mcm baru kenal. Ye le, masa bercinta dulu x 100% aweks tu tau pasal kita than bila kahwin nahh ko pecah tembelang. Masa dating memang kacak n lawa campur wangi2 tp lepas kawin tau le rutin harian dia mcm mana. Tak nak aa citer, faham2 je le. Ada lak yang masa bercinta sebelum kahwin perghh memang take care abis tapi bila dh kahwin, dh bosan pandang agaknya cari le yang lain. Skang ni aku tengok anak dara suka cari laki orang dari laki bujang, kira laki orang ni laku gila le. 1st sebab ekonomi diaorang yang mantap dari laki2 bujang n diaorang ada pengalaman nk mengayat awek2 ni. Itu le aku x heran langsung anak dara kahwin ngan laki orang walaupun laki tu sanggup cerai ngan bini dia. Ye la, bila dh kahwin establish skit idup. Kalau laki2 bujang ni kira kalau lepas kahwin mcm baru nak merangkak idup le. Perempuan skarang ni x de masa nk wat mcm tu sbb skang ni diaorang dh biasa pegang n cari duit so nk idup susah ni x de dh. Kena yang ada rupa x tau le mcm mana. Melopong le orang2 bujang ni. Satu lagi yang aku biasa tgk ramai sangat andartu yang lupa nk kahwin sebab suka sangat cari duit. Yang ni pun aku nk describe sikit. Bila dh biasa pegang ribu2 bagi diaorang baik idup solo dari kahwin sbb diaorang dh kira mampu cari duit n beli atau sewa umah, keter, sara makan minum, shopping dan sebagainya so, kalau berkahwin, x bebas dh mcm dulu, tanggungjawab kat suami lagi so bg diaorang no time. Elok duk sensorang, privacy n bebas nk wat apa. Satu lagi ye la golongan laki2 yang nk kawin tp x reti nk ubah cara idup. Memang le keje kat Malaysia skang ni susah sampai penganggur bijak kat Malaysia ni dh cecah setengah juta sebab pilih keje. Wat le keje apa pun janji ada duit bulan2 dr mengepau awek atau mak ngan ayah. Laki2 ni x kan le x mampu cari duit, wat malu je, lain le kalau dh manja dari kecik, x dapat nk wat apa dh.

Kesimpulannya, berkahwinlah kamu sebab ini adalah tuntutan Rasul Allah kita Muhammad S.A.W dan berkahwinlah kerana Allah bukan kerana nafsu..

Kenapa Apakah..

Memang terasa gila keuntungan perniagaan sekarang ni mulai susut dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Bukan aku je yang kena, semua peniaga2 yg baru nk berjinak2 ngan baru nak naik terasa ngan hal kenaikan ni. Mcm mana le aku nk cover hutang ngan bank lagi kena langsam, pas2 kenaikan 20% bil elektrik, servis caj carriage, apa lagi.. banyak le sampai untung dulu leh le dapat 5-6 ribu sekarang ni susut ke 3-4 ribu. Itu belum kira pekerja2 yg nk gaji naik sbb x tertampung harga minyak melambung, itu belum kira kalau road tax mati, kereta atau motor rosak semua kita kena ambil port, kebajikan pekerja nk kena jaga gak beb. Entah la, rasa pening bila barang2 dh naik ni. Aku pun kena le wat inisiatif lain nk cover balik so, kena le naikkan harga2 apa yang patut mcm air tin naik le 20 sen, print lak naik 10 sen, harga surfing still harga asal sbb perniagaan oligopoli kan, x leh nk naikkan suka hati. Kalau naik, risau regular cus lari tmpt lain lak, sapa nk jawab tu.

Kesimpulannya.. kalau nk survive berniaga sekarang ni, kena le naikkan gak harga, kalau berniaga ngan harga asal, lambat le nk kaya..

Wednesday, July 16, 2008

Salam Perkenalan

Wah3 akhirnya aku berjaya juga luangkan masa wat blog untuk aktiviti harian aku bersama-sama keluarga, isu2 sekeliling dan aktiviti2 aku. Tujuan aku wat blog ni just nk share citer hari2 aku sepanjang diberi nafas oleh Allah s.w.t. Kalau ada yg x berupdate tu, bz le jawabnye, ahaks..Insya Allah kalau free aku luangkan le masa menaip kegiatan harian aku, jgn miss udah la ye. So, secara rasmi, 16 Julai 2008 lahirlah sebuah blog mengenai kehidupan aku sebagai manusia. Banyak isu2 yang akan aku utarakan dan perlu diingat INI ADALAH PENDAPAT AKU, jika ada tersalah kata tersalah bahasa, pohon ribuan maaf, maklum la, selagi bernama manusia, x lari dari membuat kesilapan.

Sekian untuk hari ini, nantikan nukilan2 aku yang seterusnya..