Saturday, July 19, 2008

Materialistik, Keperluan Atau Kehendak..

Semalam cuti so aku ambik le kesempatan jalan2 kat Berjaya Megamall, mcm2 ragam le manusia leh tgk, ada yang release tension ngan main bowling, karaoke, snooker lagi le ramai. biasa le tu, aku pun kalau release tension melepak ngan budak2 aku ronda2 town. Tapi yang aku kelakar le tgk ada satu pasangan ni, gila shopping ke apa x tau le tp gayanya bukan mcm orang dh kawin. Apa yang kelakarnya, awek dia yg tukang ambik barang, aku pun round2 than terserempak balik masa kat kaunter barang. Ada le satu bakul diaorang bawak. Laki le tukang bawak, biasa le. Than, tukang bayar laki lak, adeh. Bila tgk barang yang diaorang beli konpem bukan laki bini tp kapel sbb yang diaorang beli semuanya alat2 makeup perempuan, ngan perfume, ngan deodorant mcm2 lagi le. Ada le dekat 300 duit laki tu terbang, dalam keadaan dahi berkerut, perempuan tu lak muka happy semacam, biasa le tu, dapat pakai branded. Aku terus le jalan2 ke East Coast mall, mak aih, penuh tmpt makan ngan kapel, biasa le hari dating. Bila aku lihat zaman sekarang ni, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang mengalami perubahan mendadak, sikap sesetengah dari kita yang masih lagi tidak faham erti kenaikan harga hanya tahu meminta itu ini terutama dari kaum Hawa. Aku pun dh start mencatu perbelanjaan aku yang mana boleh dikurangkan aku kurangkan, yang mana boleh dikorbankan, aku kena korbankan untuk menampung perbelanjaan harian aku. Aku bersyukur kerana aku ni tak punyai sifat boros dan tidak memilih. Walaupun kadang2 teringin juga nk pakai hp model baru tp buat masa ni aku kena abaikan. baju ngan seluar pulak rasanya elok cari kat bundel aje, murah dan pelbagai pilihan. Rasanya yang berjenama tu aku beli la sehelai 2 tp pakai masa cuti je wat melaram, ahaks. Tapi apa yang aku boleh lihat, orang kita sekarang ni mana yang bekerja dan dapat duit sendiri sudah mula sedar banyak kehendak yang kena dihadkan, keperluan dulu diutamakan sbb mereka tau susah senag mencari duit. Mana yang belajar, mereka tidak lagi kenal erti mencari duit dan hanya meminta. Kalau dulu mintak 200 dapat le 200 tapi sekarang ni mintak 200 dapat 100, separuh perbelanjaan kena potong sbb nk tampung utk perbelanjaan lain. Aku x hairan la kalau ada student yang buat kerja part time nk cari duit belanja tapi terkejut jugak la kalau ada yang wat part time sampai x kenal dh maruah diri. Rosak akhlak disebabkan duit. Siapa yang untung, x de siapa sebenarnya, yang laki2 duit habis disebabkan nikmat sehari tu, yang perempuan bila dh dpt habuan tu, terus leh wat kerjaya sampai lupa yang diri tu dh dirosakkan. Dah tua baru le insaf sbb diri tu dh x bergetah lagi so x de dh customer so, letak le harga murah untuk bersaing. Apa le nak jadi ni. Balik semula, jika dilihat, ramai perempuan yg ada rupa la sudah boleh memilih pasangan yang bakal diaorang bawak keluar sbb kocek mereka lebat, itu yang ramai anak dara sanggup jd 2nd atau 3rd wife sbb tuntutan hidup kononnya. Ada juga yang sanggup kahwin ngan duda yang bg mereka lebih romantik atau memahami tetapi bagi aku sama gak ngan jd 2nd wife sbb tuntutan hidup. bagi yang bujang2 ni dapat la janda2 muda ( itu pun kalau pandai ayat ) x pun janda anak 3 ke, atau perempuan2 reject ( faham2 le ).

Kesimpulannya, berpada2 la bila berbelanja pada saat ekonomi negara yang x menentu sekarang ni, buat le perbelanjaan dan kalau boleh labelkan yang mana satu keperluan dan kehendak. Materialistik memang ada salam jiwa kita jadi kalau ada sifat demikian, hadkan la, ramai yang jadikan sebagai penarik wanita yang sememangnya kita boleh nampak mana satu yang nk jdkan kita kawan ataupun sumber kewangan..

No comments: