Friday, August 1, 2008

Anis Salwa Alauddin - Johan Bintang Klasik Nusantara 2007

Akhirnya dapat juga aku update blog ni. Lama juga le beristerihat, ahaks. Bulan ni bagi aku adalah bulan untuk melihat aksi finalis Bintang Klasik Nasional. Jika tahun lepas kita dapat melihat wakil dari Pahang iaitu Anis Salwa Alauddin menjuarai Bintang Klasik Nasional kategori wanita dan Muhaizam bagi kategori lelaki. Apa yang membanggakan Malaysia ialah Malaysia akhirnya menggondol Juara Bintang Klasik Nusantara melalui Anis Salwa Alauddin dan naib juara bagi kategori lelaki.
Anis Salwa Alauddin, kini sedang belajar di Maktab Perguruan Cheras dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik berjaya mengejutkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei dengan mendendangkan lagu Burung Pungguk dendangan asal Datuk Sharifah Aini. Beliau disifatkan oleh Datuk Mokhzani "Anis terpilih sebagai juara kerana bukan mudah lagu 'Burung Pungguk' secara 'live' (langsung) kerana jika tersilap, ia boleh kecundang. Anis berjaya membawanya dengan yakin melalui latihan yang diamalkan sebelum ini," Anak kesepuluh dari dua belas adik beradik ini juga sebenarnya bukan baru dalam pertandingan nyanyian kerana beliau juga pernah memenangi dalam pertandingan-pertandingan tempatan yang lain. Beliau juga adalah Johan Nyanyian anjuran Hotel Megaview Kuantan 2002, Johan Bintang Asli Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2003, Johan Bintang Asli Remaja 2006, Naib Johan Bintang Asli Remaja Negeri Pahang 2001, Tempat Ketiga Bintang Asli Remaja Negeri Pahang 2002 dan Tempat Ketiga Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006. Bukan calang-calang oranya. Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau kelihatan tidak gugup ketika beraksi dalam final Bintang Klasik nusantara 2007.
Beliau tidak menjadikan bidang nyanyian ini sebagai batu loncatan untuk menjadi artis kerana bagi beliau pelajaran adalah nombor satu. Beliau akan menerima undangan nyanyian ketika cuti pengajian ataupun di tempat-tempat yang berhampiran sekiranya tidak menganggu pelajaran. Sebab itulah kita jarang melihat beliau di majalah-majalah selepas sahaja beliau menjuarai Bintang Klasik ini . Berlainan dengan artis realiti rancangan lain yang kita boleh lihat setiap bulan ada sahaja muka mereka walaupun tidak ada album baru tetapi ada sahaja cerita yang bagi aku tidak sepatutnya disiarkan. Sudah menjadi adat orang kita yang suka membaca cerita-cerita yang sememangnya berkaitan dengan artis realiti pujaan mereka sedangkan bakat mereka yang caca merba.

Kesimpulannya, jarang ada muka baru yang mengambil kesempatan atas kejayaan mereka sedangkan yang terkeluar pada minggu-minggu awal ceritanya tidak basi dari dihidu media. Bagilah sokongan kepada anak-anak muda yang ingin memartabatkan kembali irama klasik dan sifat mereka yang tidak terlalu meraih populariti amat aku sanjung. Jika dinilai, bakat mereka adalah yang terbaik dari bintang-bintang realiti rancangan televisyen yang lain. Tak percaya, lihatlah kualiti mereka sendiri pada malam final Bintang Klasik Nasional 2008 yang bakal berlangsung bulan ini.

No comments: