Wednesday, August 13, 2008

Bintang Klasik Nasional 2008


( Gambar dipetik dari Utusan Malaysia 11/08/08 )

Tahniah buat Klasik Nasional dan RTM kerana sekali lagi berjaya menganjurkan Pertandingan Bintang Klasik 2008. Penonton - penonton di Auditorium Perdana kelihatan melimpah ruah dan dikhabarkan pas masuk untuk menonton telah habis sehari selepas ianya dikeluarkan. Walaupun Auditorium Perdana boleh memuatkan seramai 650 penonton, dilihat kira - kira 800 jemputan memenuhi ruang penonton. Itu tidak termasuk kehadiran penonton yang tidak memiliki pas masuk. Apa yang menarik, turut kelihatan anak - anak muda yang turut memberi sokongan walaupun saya rasa mereka tidak tahu dan tidak pernah mendengar lagu - lagu yang dialunkan oleh finalis Bintang Klasik Nasioal 2008 ini. Antara orang - orang lama yang dapat saya lihat menonton ialah Seniwati Latifah Omar, Seniwati Mariani, Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustafa Maarof dan R. Ismail yang juga membuat persembahan bersama Juara Bintang Klasik Nasional 2007 dan juga Juara Bintang Klasik Nusantara 2007 kategori wanita iaitu Anis Salwa Alauddin. Antara VIP yang hadir memberi sokongan ialah Yang DiPertuan Melaka Tan Sri Khalil Yaakob dan Datuk Johari Teh.
Pertandingan ini dihoskan oleh Bintang Gala 2 terbitan RTM, Dia Fadilla dan juga deejay Klasik Nasional, Sofia Abdullah. Bagi saya, mereka berjaya menghoskan pertandingan ini dengan jayanya, tidak ada kekalutan dan semuanya disampaikan dengan sempurna. Pertandingan ini dimulakan dengan tarian disusuli nyanyian dari juara kategori lelaki 2007, Muhaizam Ahmad duet bersama bintang HMI 2007, Han. Kemudian disusuli finalis bintang RTM Siti Sarah duet bersama Muhaizam. Dan selepas itu barulah kita boleh lihat kehebatan finalis dimulakan dengan Saiful Bahri Jamil dan Iffah Izzati Baharuddin. Kemudian giliran Mohd Faizal Rahim dan Nurlida Abdul Rahman membuat persembahan. Selepas itu, muncul pula Amirshah Yahya dan Nik Nurul Yahya Nik Mat mendendangkan lagu mereka. Muhammad Alif Kadim dan Masitah Mohd Airani menyusul selepas itu. Giliran Mohd Safar Shah Alauddin dan Sabihah Abdul Wahid mempertaruhkan kehebatan masing - masing dan diakhiri dengan Mohd Azuan Shahdi Mohd Jalaludin dan Rafidah Asgali. Mereka ini diadili oleh enam juri profesional iaitu Syafinaz Selamat, Aishah, Azmeer, Datuk Dr. Ahmad Nawab, Datuk Ibrahim Bachek, dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri. Apa yang menariknya , pada pertandingan kali ini menampilkan segmen Serupa Tapi Tak Sama di mana mendiang Loga dari kumpulan Alleycats, Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Allayarham Tan Sri P.Ramlee diingati oleh peminat - peminat seni dengan menampilkan Abdul Razak ( Raz ), Kenny Lee dan Musly Ramlee. Satu pujian saya berikan kerana tidak ada lagi rancangan lain yang membuar segmen sebegini. Di akhir segmen, muncul pula R.Ismail, penyanyi yang sememangnya saya minati dengan lagu Gelombang dan berduet pula dengan Johan Bintang Klasik Nasional dan Johan Klasik Nusantara 2007, Anis Salwa Alauddin dengan lagu Dari Hati Ke Hati. Sememangnya penonton tidak puas mendengar suara Anis Salwa yang hanya mendendangkan satu lagu. Seseungguhnya Klasik Nasional dan RTM perlu peka dengan hal ini kerana Anis Salwa telah mengharumkan nama Malaysia tahun lepas di saat kekalahan Malaysia pada pertandingan nyanyian di peringkat Asean sebelum itu.
Apabila Dia Fadila dan Sofia Abdullah mengumumkan nama pemenang, saya tidak terkejut dengan kemenangan Azuan dan Sabihah kerana bagi saya mereka ini sudah biasa dengan suasana pertandingan. Azuan, finalis HMI 1995 dan Sabihah, Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2007. Wajarkah mereka ini memasuki pertandingan yang kalau dilihatkan ingin mencungkil bakat baru dalam mendendangkan lagu klasik tetapi kalaulah juara sesuatu pertandingan bertanding dalam pertandingan ini, saya rasa akan tenggelamlah bakat - bakat anak muda. Mungkin sang juara terlalu inginkan wang tunai dan barangan elektrik tajaan Singer Sdn. Bhd. Saya harap selepas ini kalaulah diadakan pertandingan nyanyian, perlulah ditetapkan syarat pertandingan kerana tidak ingin perkara seperti ini berlaku. Jika tidak dihalang, maka akan lahirlah jaguh yang sama dalam pertandingan ini. Seingat saya la, pada Bintang Klasik Nasional 2007 Sabihah ada membuat persembahan sebagai artis jemputan yang ketika itu dimenangi oleh Anis Salwa tetapi tahun ini, Sabihah pula bertanding dan Anis Salwa pula sebagai artis yang membuat persembahan. Macam kelakar je bunyinya kan. Macam tak cukup koleksi kejuaraan kot ye Sabihah. Nasib baik lah tidak ada Bintang Klasik Nusantara tahun ini kerana jika Sabihah bertanding saya yakin juara akan berpihak pada peserta dari Indonesia atau Singapura kerana bagi saya Sabihah tidak mempunyai suara klasik mendendangkan lagu, hanya menyanyi sahaja dengan lenggok yang saya kira Syafinaz dan Siti Hajar biasa ajarkan kepada pelajar lain. Bagi Azuan pula, saya kagum dengan suaranya dan tidak hairanlah jika dia menjuarai dalam kategori lelaki. Lain pula dengan pemenang tempat kedua kategori lelaki iaitu Muhammad Alif Kadim. Jika diamati persembahannya, sebutan didengar tenggelam timbul. Tidak semua pendengar mengetahui lirik lagu yang beliau nyanyikan dan pada saya dari segi penyampaian dia gagal kerana bait - bait yang disebut ada yang tidak terang seolah - olah tergantung lirik lagu tu. Berbeza dengan pemenang tempat ketiga kategori lelaki, sebutan dan penyampaiannya lancar dan penonton faham dengan isi lagu Di Ambang Senja dendangan asal R.Ismail. Pada pendapat saya, kekalahan Mohd Safar Shah adalah disebabkan lagu yang beliau dapat pada final ini tidak begitu kuat dan menguji kekuatan vokal tidak seperti Mohd Azwan dan Muhammad Alif Kadim. Bagi kategori wanita, suara Nurlida dan Iffah Izzati pada saya sama sahaja, mempunyai kelantangan vokal dan tak hairan la kalau auditorium tu bingit dengan jeritan - jeritan peserta wanita. Entah la, di manakah klasiknya lagu - lagu lama kalau anak - anak muda cuba membuat pembaharuan tetapi tidak mengekalkan irama klasik itu. Pada saya, peserta perempuan sama sahaja seperti artis realiti yang lain, kelantangan vokal menjadi taruhan sedangkan "low note" memang x jelas didengar, hanya mereka dan juri sahaja yang faham, bagi penonton lain, menganga la jawabnya. Memang benar kita ingin segarkan kembali lagu - lagu klasik ini dengan cara penyampaian yang tidak terikut - ikut penyanyi asal dan bagi saya semua finalis berjaya lari dari kepompong itu. Jika kita lihat R.Ismail dan Anis Salwa membuat persembahan, tidak perlu menjerit ketika mendendangkan lagu, sebab itu saya amat bersetuju tahun lepas Anis Salwa dinobatkan sebagai Juara Bintang Klasik Nusantara disebabkan vokalnya yang tidak terjerit - jerit dan personaliti yang dibawa oleh beliau mencerminkan wanita Malaysia. R. Ismail juga memuji cara Mohd Safar Shah membawa lagu dendangan beliau dan beliau menyifatkan Mohd Safar memuaskan hati beliau mendendangkan lagu Di Ambang Senja. Sebenarnya, jika ditanya pada orang - orang lama yang mendengar lagu - lagu klasik, mereka tidak suka lagu - lagu ini diberi nafas baru kerana lagu - lagu inilah yang memberi "sentimental value" kepada mereka suatu ketika dahulu jadi kekalkan melodi, lenggok dan air lagu itu.

Kesimpulannya, kemenangan Azuan dan Sabihah ini sudah pun dijangka awal - awal lagi kerana mereka sudah biasa dengan suasana pertandingan. Jadi tidak ada yang menariknya pada pertandingan Bintang Klasik Nasional tahun 2008 ini. Seorang finalis HMI 1995 dan seorang lagi Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2007. Jika ingin melahirkan bintang baru tahun depan diharap Bintang Klasik Nasional dan RTM meletakkan syarat juara sesuatu pertandingan tidak boleh menyertai kerana tidak mahu perkara ini berulang, Biarlah juara itu keluar dari tunas yang baru dan bukannya dari bunga yang sudah digunakan. Perlu diingat, tahun depan ada Bintang Klasik Nusantara dan Malaysia perlu mengekalkan kejuaraan dalam kategori wanita dan carilah permata yang baru dan bukannya seperti tahun 2008 ini.. Dan diharap Klasik Nasional dan RTM khasnya dapat memberi lagu - lagu yang mempunyai kekuatan dan kelebihan kepada finalis tahun depan kerana jika peserta itu benar - benar berbakat tetapi tidak mendapat lagu yang menguji kemampuannya, seolah - olah mencurahkan air ke daun keladi la jawabnya. yang menjadi mangsa adalah peserta itu sendiri.

1 comment:

maebagemok said...

erm.. nk tanye,,taO x ape lgu yg sabihah nyanyi masa wat persembahan pd prtndingn bintg klasik nasiOnal 2007? lgu yg duet tuhh..