Monday, August 4, 2008

Finalis Bintang Klasik Nasional 2008


Bintang Klasik Nasional sekali lagi berjaya mengumpulkan bakat-bakat anak muda dalam menyampaikan lagu-lagu klasik. Kita sering mendengar lagu-lagu klasik berkumandang di Klasik FM dan kebanyakan penyanyi yang menyampaikannya kita tidak mengenalinya. Nama-nama seperti S.Effendi, R.Ismail, Datuk Ahmad Jais bagi aku adalah lagenda negara kerana lagu-lagu dendangan mereka sememangnya mengembalikan nostalgia. Lagu-lagu dendangan mereka ini adalah khazanah bagi negara kita.
Mohd Safar Shah, anak jati Pahang ini tidak asing mendendangkan lagu-lagu klasik. Beliau adalah Johan Bintang Asli ketegori lelaki 2007 negeri Pahang. Beliau juga mendapat tempat ketiga dalam pertandingan yang sama tahun sebelumnya. Ketika saringan bintang klasik peringkat negeri, beliau berjaya menewaskan lima lagi peserta yang tidak kurang hebat dalam pencapaian dalam bidang nyanyian. Ketika peringkat zon timur, dengan suara yang mantap, beliau telah menarik perhatian pengadil pertandingan dengan menewaskan pesaing-pesaing dari negeri Kelantan yang merupakan calon pilihan dan peserta Terengganu.
Finalis Bintang Klasik zon timur ini akan mendendangkan lagu Di Ambang Senja dendangan R.Ismail pada Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 yang bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2008, pukul 9 malam nanti.

No comments: